Wednesday, November 17, 2010


SALAM AIDIL ADHA 1431
Buat semua umat Islam yang Muslim
~dari Saf pimpinan ABIM SHAH ALAM

Program GEMPAQ 2010



Sempena Cuti Sekolah ini , pada 26 November 2010 hingga 27 Disember 2010 ( 1 bulan ) ABIM turut terlibat menjayakan kursus yang dinamakan GEMPAQ (Gerakan Membinca Generasi Pencinta al-Quran).

Program ini adalah anjuran kerajaan negeri Selangor, Yayasan Ijabah, dan agensi lain. Ia akan diadakan di di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 Shah Alam.

Antara aturcara sepanjang sebulan, peserta akan berada di masjid ini mulai jam 8 pagi hingga 5 ptg. Pada waktu pagi, anak-anak ini akan bersama menghafal al-Quran, hadis pilihan dan doa dan pada waktu petang pula, mereka akan bersama di dalam program-program motivasi.

Kos sebenar program GEMPAQ selasa sebulan ini ialah RM 750 tetapi ia telah ditaja oleh Yayasan Selangor dan peserta hanya perlu membayar RM 250 sahaja.


Bagi yang ingin bertanya, bolehlah menghubungi Sdr Rezwan di talian 013-2466364


Ekspedisi Dakwah berkonvoi ini akan singgah di beberapa buah negeri sebelum tiba di wilayah Yala, Pattani & Narathiwat untuk menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim di terutama di Ta' Bai. Seramai 20 orang ahli ABIM Selangor akan menyertai ekspedisi ini. Doakan semoga kami selamat dan berjaya dalam ekspedisi ini.

Wednesday, November 3, 2010

Program-program mingguan ABIM Shah Alam.

Laporan oleh : Effendy Bin Zulkifly

1)Usrah ABIM Shah Alam
- Naqib adalah Bro. Farid Wajdi
-Pengisian mengikut tertib kaedah yang telah ditetapkan oleh ABIM Pusat
-Diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad
-Masa bermula 7.00 mlm hingga 10.30 mlm
-Tempat mengikut giliran di rumah ahli-ahli usrah


2)Kelas Pidato
-Penghulu Kelas adalah Ir. Razif
-Melatih ahli-ahli Usrah mahir dengan konsep Gaya, Kelancaran, Bahasa, Personaliti, Vokal (GKBPV)
-Setiap hari Isnin pukul 8.30 mlm hingga 10.30 mlm
-Bertempat di Kompleks Belia Shah Alam, Seksyen 7.



3)Riadah Sukan
-Kompleks Sukan Negara Panasonic
-Aktiviti berenang, berjogging dan gymnasium
-Masa 6.00 ptg hingga 8.00 malam
-Setiap Hari Selasa

4)Kelas Bahasa Arab
-Dipimpin oleh Ustaz Amin
-Bertempat di Masjid Negeri Shah Alam
-Masa pukul 9.00 mlm hingga 11.00 mlm
-Setiap Hari Rabu minggu pertama dan Hari Rabu minggu ketiga setiap bulan

5)Akademi Kepimpinan ABIM Shah Alam
- (Dalam proses perancangan dan menyusun modul)
-Melibatkan ahli usrah dalam mengumpul dokumentasi sejarah kepimpinan ABIM Shah Alam dan kepimpinan PKPIM UiTM Shah Alam (Dalam proses pengumpulan data).

Dialu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut seperti di atas. Program-program tersebut dirangka untuk melengkapi aspek-aspek kekuatan Spiritual, Intelektual,Idealisme, Aktivisme dan Kecerdasan Fizikal yang diharapkan dapat membantu membentuk ahli ABIM Shah Alam yang dinamik, syumul dan hebat dalam syahsiah di setiap aspek kehidupan individu dan masyarakat.


Thursday, October 28, 2010

MAKLUMAN USRAH 3G ABIM SHAH ALAM


USRAH 3G ABIM SHAH ALAM

TARIKH : 31 OKTOBER 2010 (AHAD)

TEMPAT : MADRASAH HIDAYAH SEKSYEN 11 SHAH ALAM

MASA : 9.30 PAGI HINGGA 12.30 TGH

Sunday, October 17, 2010

Sekitar Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2010..

Laporan oleh Effendy Bin Zulkifly

(Datuk Idris Jauzi, Ahli Majlis Syura Kebangsaan memberi motivasi dalam slotnya Komunikasi Berkesan."
(Ustaz Najmudin ketika menyampaikan kuliah maghrib, ramai yang ketawa sehingga senak perut, kelakar dan penuh humor tapi sungguh menginsafkan."

(Sdr Effendy mendengar penyampaian slot tamrin sambil tangkap gambar muka sendiri.)


Syukur pada Allah s.w.t, program yang bermula pada 15 hingga 17 Oktober di ILIM Bangi ini telah berjalan dengan jayanya. Wakil-wakil ABIM Shah Alam yang terlibat ialah :-

1.Sdr Farid
2.Sdr Aizuddin
3.Sdr Effendy
4,Sdr Rezwan
5.Sdr Nawi
6.Sdr P.Aizan

Ini bermakna ABIM Shah Alam telah menghantar wakil lebih dari maksimum yang diminta oleh ABIM Pusat hanya sebanyak 5 orang sahaja. Para perwakilan ABIM Shah Alam juga telah menyumbangkan buah fikiran, pendapat yang cukup mantap di tamrin ini dan kehadiran wakil ABIM Shah Alam amatlah dirasai dan dihargai.

Topik-topik yang dibincangkan di Tamrin ini disampaikan oleh Tokoh-Tokoh terkenal ABIM :-

1)ABIM: Relevannya sebagai gerakan Islam Massa
2)Cabaran Dakwah Semasa
3)Komunikasi Berkesan dan Rundingan Berkesan
4)Profesionalisme Petugas Dakwah

Topik-topik ini juga diadakan perbincangan secara P.D.K (perbincangan dalam kumpulan) dan setiap wakil kumpulan perlu mengadakan pembentangan.
Sdr Rezwan dan Sdr Effendy telah terpilih untuk membuat pembentangan berkaitan tajuk :
"ABIM 1998-2004, reformasi dan advokasi."

Kedua-dua wakil ABIM Shah Alam itu telah menyampaikan pembentangan dengan cukup hebat,berkarisma dan mantap sekali menggunakan teknik pemidato hebat sehinggakan dewan yang sejuk menjadi hangat kerana pembentang berjaya menyampaikan dengan cara yang berkesan sekali. Ramai peserta tamrin yang bertepuk tangan, tersenyum, bergelak ketawa kerana pembentang juga menyelitkan unsur-unsur humor dalam penyampaian.

Malahan Presiden ABIM, Timbalan Presiden ABIM dan Exco-Exco ABIM Pusat juga menyampaikan ucapan tahniah kepada kedua-dua pembentang tersebut. Diharapkan hasil daripada ilmu dan maklumat ini dapat disampaikan kepada setiap ahli usrah ABIM Shah Alam melalui usrah berkala mingguan kerana terdapat pelbagai maklumat dan ilmu yang penting dan terkini yang perlu dikongsi dengan ahli usrah ABIM Shah Alam dengan sesegera yang mungkin.

Akhirul kalam, wassalam.

TAMRIN PENGUKUHAN JATIDIRI DAN KADERISASI ABIM

Tamrin yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memperkasa jatidiri,
ukhuwah, kaderisasi ahli dan pimpinan muda ABIM dalam mengukuhkan
pemahaman terhadap halatuju gerakan selaras dengan usaha memantapkan
organisasi melalui kaderisasi yang berkesan.

Program
Tamrin Pengukuhan Jatidiri & Kaderisasi ABIM

Tarikh

15-17 Oktober 2010

Lokasi

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

Pendaftaran
RM50

Topik yang dibincangkan
ABIM: Relevannya sebagai gerakan Islam Massa
Cabaran Dakwah Semasa
Komunikasi Berkesan dan Rundingan Berkesan
Profesionalisme Petugas Dakwah

Lain-lain

Riadah & Kerja Dalam Kumpulan

Sasaran

Pimpinan Negeri dan Daerah (40tahun ke bawah)
Skuad Kaderisasi Negeri / Peserta LASKAR
Bakal-bakal pemimpin pelapis
Pimpinan Anak Negeri dan kampus PKPIM
Pendakwah Muda berpotensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...