Saturday, November 14, 2009

Konvokesyen TASKI ABIM

Pada 14 November yang lepas berlangsung satu majlis Konvokesyen Taski ABIM peringkat Shah Alam yang diadakan di Dewan Jenjarom, Seksyen 11 Shah Alam.

Saturday, October 24, 2009

CSR di Darul Wardah bersama SKALI Group















Pada 17 Oktober yang lalu bertempat di Darul Wardah, Kelang satu majlis gotong royong dan
lawatan dari pihak SKALI Group telah diadakan. Program ini adalah kerja-kerja CSR yang ikhlas dari pihak SKALI Group yang di ketuai oleh Jabatan ITnya seramai 35 orang.

Pihak ABIM Selangor yang di ketuai oleh Ustazah Hazlina selaku pengasas Darul Wardah turut menyampaikan sedikit tazkirah.

Bagi ABIM Shah Alam pula, yang turut hadir terdiri dari Sdr Farid & isteri, Hj Razef dan Pn Norzuraida. Mereka turut menyertai gotong royong membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok di kawasan sekitar.

Majlis juga di sertai dengan sesi taa'ruf dan kisah pengenalan diri oleh penghuni Darul Wardah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SKALI Group dan berharap banyak lagi syarikat bumiputera seperti ini yang datang membantu Darul Wardah. Majlis bersurai pada jam 1.00 petang.











Dah lama x pegang cangkul nih !!


Sunday, October 18, 2009

Majlis Aidilfitri ABIM Shah Alam 2009

Satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfiti 1430 telah diadakan di Wordwide seksyen 11 Shah Alam. Ribuan terima kasih kepada Sdr Hj razef & Sdr Tarmili yang sudi 'menumpang'kan ABIM SHah Alam sebagai venue majlis ini.

Alhamdulillah seramai lebih 30 hadirin membanjiri majlis ini yang terdiri dari ahli ABIM, WADAH serta guru-guru taski Shah Alam.
Majlis telah diserikan lagi oleh pengisian tazkirah dari Al Fadhil Ustaz Zaki dan jamuan telah diadakan di pejabat Sdr Tarmilli di tingkat 2.

Terima kasih juga kepada Sdr Onn yang turut mengadakan aqiqah kambing bagi anaknya dan juga kepada semua ahli yang turut membawa 'pot luck' masing-masing.

Mudah-mudahan majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.



Sdr YDP turut berucap




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...