Saturday, October 24, 2009

CSR di Darul Wardah bersama SKALI Group















Pada 17 Oktober yang lalu bertempat di Darul Wardah, Kelang satu majlis gotong royong dan
lawatan dari pihak SKALI Group telah diadakan. Program ini adalah kerja-kerja CSR yang ikhlas dari pihak SKALI Group yang di ketuai oleh Jabatan ITnya seramai 35 orang.

Pihak ABIM Selangor yang di ketuai oleh Ustazah Hazlina selaku pengasas Darul Wardah turut menyampaikan sedikit tazkirah.

Bagi ABIM Shah Alam pula, yang turut hadir terdiri dari Sdr Farid & isteri, Hj Razef dan Pn Norzuraida. Mereka turut menyertai gotong royong membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok di kawasan sekitar.

Majlis juga di sertai dengan sesi taa'ruf dan kisah pengenalan diri oleh penghuni Darul Wardah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SKALI Group dan berharap banyak lagi syarikat bumiputera seperti ini yang datang membantu Darul Wardah. Majlis bersurai pada jam 1.00 petang.











Dah lama x pegang cangkul nih !!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...