Sunday, October 17, 2010

Sekitar Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM 2010..

Laporan oleh Effendy Bin Zulkifly

(Datuk Idris Jauzi, Ahli Majlis Syura Kebangsaan memberi motivasi dalam slotnya Komunikasi Berkesan."
(Ustaz Najmudin ketika menyampaikan kuliah maghrib, ramai yang ketawa sehingga senak perut, kelakar dan penuh humor tapi sungguh menginsafkan."

(Sdr Effendy mendengar penyampaian slot tamrin sambil tangkap gambar muka sendiri.)


Syukur pada Allah s.w.t, program yang bermula pada 15 hingga 17 Oktober di ILIM Bangi ini telah berjalan dengan jayanya. Wakil-wakil ABIM Shah Alam yang terlibat ialah :-

1.Sdr Farid
2.Sdr Aizuddin
3.Sdr Effendy
4,Sdr Rezwan
5.Sdr Nawi
6.Sdr P.Aizan

Ini bermakna ABIM Shah Alam telah menghantar wakil lebih dari maksimum yang diminta oleh ABIM Pusat hanya sebanyak 5 orang sahaja. Para perwakilan ABIM Shah Alam juga telah menyumbangkan buah fikiran, pendapat yang cukup mantap di tamrin ini dan kehadiran wakil ABIM Shah Alam amatlah dirasai dan dihargai.

Topik-topik yang dibincangkan di Tamrin ini disampaikan oleh Tokoh-Tokoh terkenal ABIM :-

1)ABIM: Relevannya sebagai gerakan Islam Massa
2)Cabaran Dakwah Semasa
3)Komunikasi Berkesan dan Rundingan Berkesan
4)Profesionalisme Petugas Dakwah

Topik-topik ini juga diadakan perbincangan secara P.D.K (perbincangan dalam kumpulan) dan setiap wakil kumpulan perlu mengadakan pembentangan.
Sdr Rezwan dan Sdr Effendy telah terpilih untuk membuat pembentangan berkaitan tajuk :
"ABIM 1998-2004, reformasi dan advokasi."

Kedua-dua wakil ABIM Shah Alam itu telah menyampaikan pembentangan dengan cukup hebat,berkarisma dan mantap sekali menggunakan teknik pemidato hebat sehinggakan dewan yang sejuk menjadi hangat kerana pembentang berjaya menyampaikan dengan cara yang berkesan sekali. Ramai peserta tamrin yang bertepuk tangan, tersenyum, bergelak ketawa kerana pembentang juga menyelitkan unsur-unsur humor dalam penyampaian.

Malahan Presiden ABIM, Timbalan Presiden ABIM dan Exco-Exco ABIM Pusat juga menyampaikan ucapan tahniah kepada kedua-dua pembentang tersebut. Diharapkan hasil daripada ilmu dan maklumat ini dapat disampaikan kepada setiap ahli usrah ABIM Shah Alam melalui usrah berkala mingguan kerana terdapat pelbagai maklumat dan ilmu yang penting dan terkini yang perlu dikongsi dengan ahli usrah ABIM Shah Alam dengan sesegera yang mungkin.

Akhirul kalam, wassalam.

1 comment:

  1. Hebat ABIM Shah Alam ni... insyaAllah... kerja kita perlu diteruskan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...